Wednesday, 26 November 2008

Behind the filthy life



Nilai RM 5
Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut- hinjut Honda Civic 1.8 ini dilambung graviti. Ery yang duduk disebelah sudah berapakali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikutlambungan kereta. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayanyang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hinguskering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluarlangsung,geli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam.Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang. Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkanbunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepanjantan,tersipu- sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolekdan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baruberanak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usaiseperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam. Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari lautdisambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuhmenggelepar diluar meliar mata mencari hafik,tunangnya. Aku duduk sahajadi dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadisbertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Akumenghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot sepertimereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikitmarah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikitberundur. " Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakapdengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu.Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanyayang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidakberkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamanaaku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengahtersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pulabersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik dudukterkangkang dirumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin sepertiini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja diamenggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk,meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial!

Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepukbelakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itutersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruhkecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerjabesar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!! " Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malashendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudahcukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi,sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu.Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" " Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetikkelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belumpernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanyaseringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikitsimpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati kerasaku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul didalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis denganbaldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.
Aku memandangnya denganpandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Akumembesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wangkemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti oranggila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana .Lupakan saja.. Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit akumelayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sududan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjingdua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang adaduit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus. " Eh, pakcik. Tadi saya bagi limaringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".Bunyinya sepertimeninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur.Meletakkan dua beg plastik di atas tanah,membukanya satupersatu,perlahan- lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu.

Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadidan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis,dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi darikamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kamimasih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijakharga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sialyang berpura-pura susah. Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak,berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahumenyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. "Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangansampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikankita angkuh dan bongkak.

Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggahikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuangke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik,jangan sampai kelaparan,jangan mati." Mendatar sahaja suara orang tuaitu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgitdi hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurunglalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yangboleh membeli segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membelisesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yangkita dapat.

got this from email...

1 comment:

LiTtLe DaMSeL*MuLtiVeRs said...

wa....kain pelekat? ery pakai kain pelekat?hehe.....tunang die pakai kain batik ee? =P